Ibu bapa pemain skuasy remaja terkemuka Switzerland, Ambre Allinckx melarang anak mereka ke India untuk menyertai satu kejohanan baru-baru ini.
Mereka menganggap negara itu tidak selamat untuk wanita, demikian menurut laporan media.
Walau apa pun alasan sebenar yang menghalang pemain Switzerland itu daripada pergi ke India, hakikatnya masalah serangan seksual yang ganas ke atas kaum wanita di negara itu semakin meningkat.
Sesetengah jenayah menjadi berita besar di seluruh negara sementara ada yang tidak mendapat liputan media atau tidak dilaporkan langsung.
Dalam masa yang sama kes rogol yang menakutkan berterusan berlaku dan didedahkan dari masa ke semasa.
BACA: 29 gadis bawah umur dirogol, didera di rumah perlindungan
BACA: Padah percaya rakan, isteri dirogol 40 lelaki selama empat hari
Salah satu kes terbaharu yang mencetuskan kemarahan di seluruh negara ialah yang melibatkan pusat perlindungan untuk kanak-kanak perempuan yang dibiayai kerajaan di negeri timur Bihar.
Ramai kanak-kanak perempuan berusia antara 7 hingga 14 tahun dirogol, disiksa, dibiarkan kebuluran, diberi dadah dan diperas ugut, demikian menurut kenyataan mangsa yang disiarkan dalam akhbar India.
Mangsa yang masih kecil di rumah perlindungan Balika Grih di daerah Muzaffarpur mendedahkan betapa mereka tidak berdaya untuk melindungi diri mereka daripada dianiayai setiap hari.
Orang yang paling disyaki melakukan kekejaman ini ialah Brajesh Thakur, ketua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan pusat perlindungan itu. Dia juga dikenali sebagai "Hunterwala Uncle" (pakcik dengan cemeti).
"Dia sering memukul kami dengan kayu jika ada yang tidak menurut perintahnya, " kata seorang kanak-kanak perempuan.
Seorang kanak-kanak perempuan yang lain berusia 7 tahun berkata dia dirogol setelah kedua-dua tangan dan kakinya diikat.
Thakur juga tidak memberi makanan sehingga dia meminta maaf dan menyerahkan dirinya untuk penderaan seksual.
"Sebaik sahaja matahari terbenam, semua kanak-kanak itu akan menjadi takut. Waktu malam yang teruk untuk kami, " kata seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, dipetik akhbar Telegraph sebagai berkata.
Lebih daripada 40 orang kanak-kanak perempuan menjalami pemeriksaan perubatan. Sekurang-kurangnya 34 orang didapati dirogol, tiga dipaksa menggugurkan kandungan mereka dan tiga orang yang lain mengandung.
Seorang kanak-kanak perempuan didakwa dipukul sehingga mati.
Dianggarkan seramai 470 orang kanak-kanak perempuan dibawa ke pusat perlindungan itu sejak lima tahun lalu.
Cara rumah perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak dikendalikan tidak telus dan ini membolehkan penganiayaan berleluasa, kata Ketua Suruhanjaya Delhi untuk Wanita, Swati Maliwal kepada Bernama.
"Jelas sekali sistem yang ada gagal. Kanak-kanak perempuan itu berada dalam penjagaan kerajaan, tetapi ia tidak melindungi mereka, " kata beliau.
Mereka yang didakwa melakukan serangan seksual ke atas kanak-kanak itu termasuk pentadbir pusat perlindungan itu dan orang luar.
Pegawai perlindungan kanak-kanak Muzaffarpur, Ravi Kumar Roshan sering merogol mereka, kanak-kanak perempuan itu memberitahu mahkamah.
"Ada kalanya kanak-kanak perempuan itu dibawa keluar pada waktu malam dan balik pada keesokan harinya. Saya tak tahu ke mana mereka dibawa, " kata seorang kanak-kanak perempuan.
"Kini terdapat laporan kanak-kanak itu disuntik dengan dadah setiap hari sebelum seseorang melakukan serangan seksual. Kita boleh lihat bekas suntikan dan mereka juga menunjukkan kelakuan yang agresif. Ada yang cuba menghantukkan kepada mereka ke kekisi logam, " pengarah kebajikan sosial Bihar, Raj Kumar dipetik sebagai berkata dalam laporan akhbar.
Seorang ahli politik yang terkemuka turut dipercayai terlibat dalam penganiayaan berkenaan kerana mangsa ada menyebut :neta" (istilah biasa untuk ahli politik di India).
"Tidak ada sesiapa dibenarkan masuk ke dalam bilik apabila ada 'tondwala' pakcik (perut buncit) atau 'neta-ji' ," kata seorang kanak-kanak perempuan.
Media di India berdepan dengan sekatan perundangan untuk mendedahkan nama mangsa rogol.
Polis menahan 10 orang yang disyaki dan kerajaan Bihar mengarahkan Biro Siasatan Pusat (CBI) , salah satu agensi penyiasat tertinggi India untuk mjenjalankan siasatan.
Tejashwi Yadav, ketua Pembangkang dalam Dewan Negeri mendakwa skandal penderaan sesksual itu melibatkan ramai "orang yang mempunyai kaitan" politik.
Penganiayaan seksual di pusat perlindungan itu terbongkar apabila Institut Sains Sosial Tata (TISS) yang berpejabat di Mumbai menjalankan audit di pusat perlindungan di Bihar.
Laporan yang berdasarkan perbualan dengan penghuni menimbulkan kebimbangan besar terhadap sekurang-kurang 15 buah rumah perlindungan.
"Tindakan sudah diambil ke atas sebuah rumah perlindungan di Muzaffarpur, sementara jenayah seksual ke atas wanita, kanak-kanak perempuan dan lelaki di 14 buah lagi rumah perlindungan tidak dipedulikan, " jurucakap Parti Kongres berkata dalam kenyataan akhbar.
Menurut Maliwal berkata penderaan seksual hanya boleh berlaku apabila pelakunya mempunyai pertalian rapat dengan ahli politik.
Beliau mahu perubahan serius dibuat ke atas pengendalian rumah perlindungan di seluruh India supaya wanita dan kanak-kanak gelandangan boleh hidup dengan aman.
Kurang pemantauan dan ketelusan boleh mengakibatkan penghuni di rumah perlindungan dieksploitasi orang-orang yang sepatutnya menjaga mereka.
"Rumah perlindungan itu lebih teruk daripada penjara bagi wanita dan kanak-kanak. Rumah itu bagaikan pusat siksaaan untuk mereka, " Maliwal memberitahu Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 30 2018
Sesetengah jenayah menjadi berita besar di seluruh negara sementara ada yang tidak mendapat liputan media atau tidak dilaporkan langsung. - Gambar fail
Klopp kini di media sosial
Bekas pengendali Borussia Dortmund berusia 56 tahun itu yang kini mempunyai akaun Instagram telah mengumpul lebih 750,000 pengikut.
Biadab, pijak al-Quran bersumpah tidak curang
Dia bertindak sedemikian hanya kerana mahu membuktikan tidak berselingkuh dengan seorang doktor kecantikan.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Tentera zionis Israel pada Sabtu dilihat terus mara ke utara Gaza dengan menggunakan kereta kebal dan kenderaan berperisai. Kali ini, lokasi operasi rejim itu tertumpu ke Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Polis Israel bertindak melepaskan meriam air bagi meleraikan penunjuk perasaan anti-kerajaan yang menggesa pembebasan tebusan yang ditahan Hamas.
Elak masalah, guna talian kecemasan di gelang haji
Dalam usaha memastikan keselesaan jemaah haji ketika menunaikan ibadah rukun Islam kelima itu, Lembaga Tabung Haji, TH menyediakan khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam tujuh hari seminggu di mekah.
Jemaah haji boleh membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan TH yang terletak di ibu pejabat di Abraj Janadriah dan bangunan hotel land premium selain kaunter pusat perkhidmatan di semua sembilan maktab penginapan.
Jemaah haji boleh membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan TH yang terletak di ibu pejabat di Abraj Janadriah dan bangunan hotel land premium selain kaunter pusat perkhidmatan di semua sembilan maktab penginapan.
Jangan kaitkan serangan dengan aktiviti ekstremism
Orang awam dinasihat tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan tragedi serangan di balai polis di Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Jemaah Islamiyah tidak lagi berpegang kepada ideologi lama
Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group/ Felo Pelawat, International Centre For Counter-Terrorism (ICCT), The Hague, Munira Mustaffa berkata, kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) tidak lagi berpegang kepada ideologi kepimpinan terdahulu.
Malah selepas tampuk kepimpinan JI diambil alih oleh para Wijayanto, kumpulan itu juga katanya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda.
Malah selepas tampuk kepimpinan JI diambil alih oleh para Wijayanto, kumpulan itu juga katanya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negaranya.
Ia susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Ia susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Kucing terima Ijazah Kehormat 'Doctor of Litter-ature'
Vermont State University Castleton Campus mengumumkan anugerah khas kepada kucing digelar Max itu kerana kemesraan luar biasa.
Tujuh suspek direman merupakan warga tempatan - KPN
Semua suspek yang direman hari ini susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam merupakan rakyat tempatan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Razarudin berkata tiada warga Singapura direman bagi membantu siasatan kes berkenaan seperti dilaporkan media pada Sabtu.
Razarudin berkata tiada warga Singapura direman bagi membantu siasatan kes berkenaan seperti dilaporkan media pada Sabtu.
Dirogol, diseksa, wanita di India terus jadi mangsa serangan seksual
Ibu bapa pemain skuasy remaja terkemuka Switzerland, Ambre Allinckx melarang anak mereka ke India untuk menyertai satu kejohanan baru-baru ini.